Bila tengok Galaxy Note 10 baru launching.. Dulu saya ingat, berniaga akan membolehkan kita jadi kaya. Berniaga akan buatkan kita menarik duit lebih cepat. Tapi saya silap… bila formula kaya dan bahagia itu saya belajar dari guru dan ilmu yang salah.
2008 saya mula berniaga. Tapi biasalah, berniaga bukan bermakna kita buat semua jadi.
Saya dulu pernah satu ketika, semasa saya jatuh teruk dalam bisnes, satu sen pun tak ada dalam poket. Apatah lagi dalam wallet atau bank.
Ada ketika… bank dah call banyak kali sebab kereta tak boleh bayar. Saya terpaksa jual Galaxy Note saya. Masa tu Note 1. Itu je yang saya ada last untuk di “gadai”. Lepas tu dah kering! Dah habis dah. Tapi… yelah. Tu untuk bayaran 1 bulan. Kalau tak kereta kena tarik! Bulan depan fikir lagi cara untuk hidup…
Sesiapa yang pernah atau sedang merasainya akan faham. Gadai apa ada untuk survive hidup. Kais pagi makan pagi, kais malam makan pagi esok!
Bayangkan dulu Note 1, sekarang dah Note 10! Dekat 9-10 tahun dah kejadian ni.
Begitulah,
Duit ni… Ada ‘hantu’. Semua orang nak. Baik bisnes kecil dan bisnes besar. Kerja dengan orang. Tua, muda. Miskin, kaya. Tak kisah.
Betul?
Tapi…pernah jumpa tak kenapa ada orang mudah-mudah dapat, ada orang susah sgt nak dapat duit. Stress pun ada.